rumah terbuka ain

|

Tarikh : 3 October 2010
Tempat : Rumah Ain, Gombak. Selangor


Masih lagi sambutan rumah terbuka, kali ini di buat di rumah Ain. Menu utama nasi lemak ayam berempah yang sememangnya membangkitkan selera. Tidak kurang juga wedges dan juga tart nenas yang licin di sapu oleh ahli-ahli 1989. Majlis kali ini di penuhi gelak ketawa apabila emak Ain yang sememangnya sporting dalam melayan kerenah ahli  1989. Kehadiran untuk majlis ain ini agak ramai :
Wan
Salad
Fadh
Ariz
Wen
Sadeline
MazFahmi
Graf
Junita dan Bfnya
Dee
Dayana.

Untuk open house kali ini, tidak banyak gambar yang diambil memandangkan jurukamera membawa kamera yang batterinya sudah nazak. Tetapi kesungguhan ahli yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk hadir ke majlis ini sememangnya di hargai kerana pada awalnya, ramai ahli yang tidak dapat hadir kerana sibuk dengan komitmen masing-masing. Terima kasih juga kepada mama yang melayan kami dengan mesra sekali.


 tuan rumah 


antara gambar yang di ambil: 



p.s: sorry, gambar makan tak sempat nak ambil, sebab lepas habis makan, baru sibuk nak bergambar.

1 comments:

Masz said...

i like !

Post a Comment