rumah terbuka ain

|

Tarikh : 3 October 2010
Tempat : Rumah Ain, Gombak. Selangor


Masih lagi sambutan rumah terbuka, kali ini di buat di rumah Ain. Menu utama nasi lemak ayam berempah yang sememangnya membangkitkan selera. Tidak kurang juga wedges dan juga tart nenas yang licin di sapu oleh ahli-ahli 1989. Majlis kali ini di penuhi gelak ketawa apabila emak Ain yang sememangnya sporting dalam melayan kerenah ahli  1989. Kehadiran untuk majlis ain ini agak ramai :
Wan
Salad
Fadh
Ariz
Wen
Sadeline
MazFahmi
Graf
Junita dan Bfnya
Dee
Dayana.

Untuk open house kali ini, tidak banyak gambar yang diambil memandangkan jurukamera membawa kamera yang batterinya sudah nazak. Tetapi kesungguhan ahli yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk hadir ke majlis ini sememangnya di hargai kerana pada awalnya, ramai ahli yang tidak dapat hadir kerana sibuk dengan komitmen masing-masing. Terima kasih juga kepada mama yang melayan kami dengan mesra sekali.


 tuan rumah 


antara gambar yang di ambil: 



p.s: sorry, gambar makan tak sempat nak ambil, sebab lepas habis makan, baru sibuk nak bergambar.

Rumah Terbuka Dee

|
Tarikh : 1 Oktober 2010
Tempat :  Rumah Rusydi Rafi (Dee),Semabok. Melaka

Rancangan last minute yang berjaya di tunaikan.  Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini (di sebabkan banyak berhenti) di sertai oleh 5 orang ahli dari group 1989:

 Wan
Ain
 Ariz
Wen
 Graf

 Keletihan yang terasa terus hilang apabila melihat kemeriahan open house yang seumpama majlis kahwin. Begitu banyak kereta yang parking di kawasan rumah hingga khidmat rela di perlukan untuk mengawasi lalu lintas. Dan terasa amat teruja bila pelbagai jenis hidangan yang di sediakan antaranya
Kambing bakar, ayam percik,soto, mihun sup, dodol, pelbagai jenis kuih, Roti jala, mihun singapura, nasi beriani, nasi putih, rendang, sambal udang dan banyak lagi.

 
Terima kasih Dee sebab sudi  jemput kita orang.


Terima kasih juga kepada Tuan rumah, merangkap ibu dan ayah dee yang menganjurkan Open House yang meriah tak hengat ni...


Antara  ahli 1989 yang datang ke open house ni...


Waitress malam tu melaram tak hengat..


Antara program yang menjadi tumpuan malam tu adalah cabutan bertuah.


Antara pemenang bertuah. Hamper yang besar amat. 


sebelum pulang, sempat bergambar dengan tua rumah

semoga rezeki mereka semakin melimpah ruah. dan untuk rusydi, jgn lupa menjemput kami lagi di tahun hadapan.