tertubuhnya

|
mungkin susah untuk orang lain percaya,
tapi itulah kami. berkenalan di alam maya,
sekarang menjadi satu gang yang begitu kamceng sekali.

sejarah perkenalan bermula dari friendster pada tahun 2006, kemudian ke myspace
dan sekarang ke bermastautin tetap di facebook.

group ini telah 5 kali mengadakan gathering,
banyak kenangan yang telah tercipta antara kami
sepanjang gathering ini.

gathering pertama diadakan pada tahun 2008.
tarikhnya tak berapa nak ingat.
idea tercetusnya gathering ni adalah dari Amad Aref.
entahlah ia sekadar gurauan atau serius,
tetapi ramai yang agak berminat dengan idea tersebut,
maka, sadeline vateria telah merealisasikan angan-angan
yang selama ini dianggap mustahil.

sekarang, group ini begitu aktif mengumpul ahli dan
mengadakan pelbagai program.

blog ini di tadbir oleh
_ariz
_kertas graf
_ieta
_dee

0 comments:

Post a Comment